Thursday, November 28, 2013

PROMOSI AKHIR TAHUN.........


PACKAGE 1

BELI 2 BOTOL
PERCUMA 
2 BIJI



PACKAGE 2  

BELI 3 BOTOL
PERCUMA 
1 BOTOL



PACKAGE 3

BELI 5 BOTOL
PERCUMA 
2 BOTOL

Sunday, May 19, 2013

MERAWAT KAYAP DENGAN SEGERA...INSYAALLAH

Assalamualaikum kepada semua pengunjung yang di hormati....

Di sini saya ingin kongsikan sedikit dengan para pembaca semua cara atau petua untuk mengubati kayap...

InsyaAllah, berkesan....saya sendiri telah mencubanya....Alhamdulillah, dalam 3 hari dah kering..
Saya diserang kayap sewaktu mengandungkan anak kedua....seksanya, masyaAllah, Allah sahaja yang tahu...Yang paling saya khuatiri adalah anak dalam kandungan saya..

Tapi, alhamdulillah, penyakit kayap saya pulih setelah mengamalkan cara ini dan baby saya alhamdulillah, selamat...



Caranya:

1) Ambil daun buah delima.Pipirkan dan tumbuk atau kisar sehingga sehingga lumat.Campurkan dengan sedikit air 30 juzuk atau air doa.



2) Kemudian, campurkan dengan bedak muntah belut.



3) Sapukan bancuhan tadi ke tempat yang terkena kayap menggunakan akar rumput sambau. Rumput sambau ini mudah didapati dan tumbuh meliar ditepi-tepi jalan dan didepan rumah. Cabut rumput sambau ni sampai ke akar. Basuh akarnya bersih-bersih dan guna akarnya untuk sapu bancuhan bedak tadi di kawasan kayap.



Rumput Sambau



Akar rumput sambau - davesgarden.com
Selamat mencuba dan didoakan semoga anda yang mengalaminya cepat sembuh.





Thursday, May 9, 2013

BEDAK MUNTAH BELUT + AIR MAWAR

Assalamualaikum buat pembaca budiman...

Ada yang bertanya pada saya cara menggunakan bedak muntah belut ni terutamanya untuk kecantikan dan merawat kulit wajah....
Kalau ikutkan ramai yang menggunakanya dengan air gamat...tapi ada yang kata tak tahan dengan bau gamat tu....

So, disini saya ingin kongsikan satu lagi cara atau alternatif lain untuk menggunakan bedak muntah belut ni...
Caranya adalah dengan menggunakan air mawar. Ianya menyejukkan kulit muka sekaligus memberikan kesegaran kepada wajah...
Baunya yang wangi memberi ketenangan dan menghilangkan stress....

Apa-apa brand air mawar pun boleh, tapi saya suka air mawar putih keluaran mustika ratu....So far,saya tak der lah menjual air mawar mustika ratu ni...Boleh dapatkan di toko-toko atau kedai jamu....InsyaAllah, kalau ada permintaan, saya akan cuba supply air mawar ni...
Tapi, may be harga mahal sikit lah dari yang di kedai jamu tu sebab saya tak beli borong...cuma beli runcit sekadar membantu dan memudahkan pelanggan-pelanggan untuk mendapatkan air mawar...at least duit minyak saya pergi membeli...hehe

Ni lah air mawar yang saya katakan tu...





Cara menggunakannya:

Ambil sedikit bedak muntah belut dan dilarutkan dengan beberapa titik air mawar...macam pakai bedak sejuk dan kemudiannya sapukan dimuka....
InsyaAllah berkesan, cuba lah....

Tuesday, April 30, 2013

BEDAK MUNTAH BELUT DENGAN BENTUK DAN PEMBUNGKUSAN TERBARU

Assalamualaikum buat pembaca budiman...

Di sini saya ingin memperkenalkan bentuk dan pembungkusan terbaru  bedak muntah belut keluaran kami. Pasti ramai yang tertanya-tanya, mengapa saya tukar dari bentuk asal ke bentuk baru ni...bentuk macam bedak sejuk...dan bedak dengan bentuk terbaru ini saya perkenalkan di bawah jenama 'EARTH TOUCH"




Sepanjang pengalaman kami menjual bedak muntah belut, pelbagai pandangan dan cadangan yang diterima daripada pelanggan-pelanggan kami...sebab utama kami mengubah kepada bentuk baru  adalah bagi meminimakan kerosakan atau bedak yang pecah ketika sampai ke tangan pelanggan walau pun pelbagai usaha telah dilakukan termasuk menggunakan 'bubble wrap' bagi mengurangkan hentakan semasa proses penghantaran....

Disamping itu ianya juga adalah bagi memudahkan pemakaian bedak tersebut...bedak tidak perlu dipecahkan dan cukup sekadar meggunakan beberapa butir sahaja dan kelebihan lainnya adalah ianya di 'packing' dalam betuk dan bekas yang lebih kemas...Di dalam setiap bekas mengandungi 100gm bedak dengan harga RM22.00 sebotol.

100GM

Harganya amat berpatutan:
RM22.00 sebotol  (untuk pembelian runcit)
RM17 sebotol (untuk pembelian borong.minima pembelian 25 botol)

Tuesday, April 16, 2013

PROMOSI..........



PROMOSI  !!!!!!!!!!!!



UNTUK PEMBELIAN BORONG

RM1 SEBIJI
 MINIMA PEMBELIAN 100 BIJI
(NORMAL PRICE UNTUK PEMBELIAN BORONG 
RM1.50 SEBIJI)





UNTUK PEMBELIAN RUNCIT

PERCUMA 2 BIJI 
UNTUK SETIAP PEMBELIAN 20 BIJI KE ATAS



STOK ADALAH TERHAD

SIAPA CEPAT DIA DAPAT




Monday, April 15, 2013

SEJUKKAN BADAN DENGAN BEDAK MUNTAH BELUT ASLI

Disini saya ingin berkongsi antara khasiat lain bedak sejuk muntah belut asli yang dijual oleh pihak kami. Bedak ini berupaya mengurangkan panas dalam badan. Cara menggunakannya adalah seperti berikut:

1. Ambil sebiji bedak muntah belut dan masukkan ke dalam segelas air dan kacau.

2. Biarkannya semalaman atau sehingga anda mendapati mendapan bedak di dasar gelas dan air tersebut bertukar menjadi jernih.

3. Minum air tersebut perlahan-lahan dan mendapan tersebut pula boleh di sapukan dikawasan kulit yang bermasalah atau di jadikan sebagai masker.

InysaAllah, cara ini berupaya mengurangakan panas badan anda.

Sunday, April 14, 2013

BEDAK SEJUK MUNTAH BELUT MERAWAT LELAH

Assalamualaikum kepada pembaca budiman serta pelanggan setia saya.

Pertamanya, ucapan terima kasih saya buat pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya dalam meneruskan perjuangan memperkenalkan produk bagi rawatan alternatif iaitu bedak sejuk muntah belut atau saya namakannya sebagai 'healing clay'.

Ada yang mohon kepastian sebelum membeli dan bertanyakan  samada produk yang saya jual adalah yang asli atau tidak...Sudah pasti ianya ASLI...Ini kerana produk yang saya pasarkan benar-benar diambil dikawasan pembiakan belut atau lubuk belut. Saya pernah ditanyakan oleh seorang pelanggan samada produk yang saya pasarkan ini boleh mengubati penyakit lelah anaknya kerana beliau menggunankaan belut bagi mengubati penyakit lelah anaknya. Namun begitu, pada ketika itu beliau sukar mendapatkan belut dan berhasrat menggunakan produk saya  utuk mengubati anaknya. Alhamdulillah, feedback positif yang saya terima setelah anaknya menggunaka produk saya. Walau bagaimana pun, saya ingin mengingatkan kepada pembaca budiman agar sentiasa berhati-hati apabila ingin membeli dan  menggunakan bedak sejuk muntah belut terutamanya apabila penggunaannya dengan cara meminum air rendaman bedak ini, sila pastikan ianya benar-benar ASLI.