Friday, May 6, 2011

BEDAK MUNTAH BELUT RAWAT JERAWAT DAN MUKA BERMINYAK



Antara faedah penggunaan bedak muntah belut ini adalah ia membantu mereka yang mengalami masalah kulit muka berminyak disamping mengurangkan pertumbuhan jerawat serta mengeringkan jerawat sedia ada. Selain daripada itu, ia juga berkesan merawat masalah jeragat serta memudarkan parut jerawat. Pemakaiannya secara berterusan akan memberikan hasil yang memberangsangkan dengan menjadikan kulit kita licin, gebu dan bersih.



Cara penggunaan: 

Sama seperti anda memakai bedak sejuk. Ambil sedikit pecahan bedak tersebut, titikkan sedikit air dan disapukan ke muka.Sesuai dipakai pada bila-bila masa terutamanya di malam ketika hendak tidur. BIarkan semalaman. Bersihkan bedak tersebut keesokan harinya.



Wednesday, May 4, 2011

UBATI KAYAP DENGAN BEDAK MUNTAH BELUT



Kayap atau bahasa saintifiknya dikenali sebagai herpes zoster (shingles) adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis virus iaitu virus varicella-zoster. Penyakit ini akan menyebabkan seseorang mengalami ketidakselesaan, rasa panas, sakit sendi-sendi, gatal-gatal, rasa luka terbakar dan sebagainya. Terdapat pelbagai jenis kayap dan ia perlu diubati segera. Kebiasaannya cara pengubatan kayap adalah dengan cara pengubatan tradisional terutamanya kepada wanita yang mengandung. Salah satu cara pengubatan tradisional kayap adalah menggunakan bedak muntah belut. Cara pemakaiannya adalah seperti dibawah:
 


1. Masukkan sebiji bedak muntah belut ke dalam segelas air.









 2. Kacau sehingga bedak tersebut larut bersama air.












3. Biarkan bedak tersebut selama 24 jam sehingga anda mendapati   terdapat mendapan bedak tersebut didasar gelas.






4.Bagi mempercepatkan proses penyembuhan dan menyejukkan badan, air tersebut kemudiannya diminum perlahan-lahan dan membiarkan mendapan tersebut.

 5. Ambil mendapan bedak dan disapukan ke atas kayap tersebut.










Cara ini perlu diulangi beberapa kali sehingga anda mendapati kayap tersebut pulih dan anda juga di ingatkan untuk berpantang daripada memakan makanan yang boleh menyebabkan gatal dan kayap merebak dengan cepat seperti seafood, ayam, daging, telur dan sebagainya. Anda juga digalakkan minum air barli bagi menyejukkan badan.




Monday, May 2, 2011

ASAL USUL BEDAK MUNTAH BELUT




Pasti ramai yang tertanya-tanya asal-usul nama bedak muntah belut ni. Adakah ianya benar-benar dari muntah belut atau sekadar nama sahaja. Berbagai-bagai pendapat dan pandangan yang kita dengar berkaitan dengan nama bedak ni. Ada yang mengatakan dari tanah liat, lumpur serta campuran pelbagai rempah dan macam-macam lagi lah.  Bahan asas bedak ini adalah dari lumpur sungai sebenarnya. Tapi anda pasti tertanya-tanya apa kaitan dengan belut yer? Mestilah ada kaitannya dengan belut sebab lumpur tersebut diambil dikawasan yang banyak belut atau pun lubuk belut. Belut ni sebenarnya mengeluarkan cecair dari badannya dan cecair tersebutlah yang amat bermanfaat dan menjadikan bedak sejuk muntah belut ini amat berkhasiat. Kalau sekadar dari lumpur biasa , lebih baik kita panggil bedak lumpur sahaja, betul tak? Mesti ramai yang tak percaya. Tapi itu lah hakikatnya. .Lumpur-lumpur tersebut dikaut dan diproses menjadi bedak. Ini adalah bedak muntah belut yang benar-benar asli dan agak sukar untuk mendapatkannya kini. Mungkin ada yang akan menafikan fakta tersebut.Terpulang...kerana bedak muntah belut yang saya pasarkan adalah yang benar-benar asli. 

Tuesday, April 19, 2011

UBATI RUAM BABY ANDA DENGAN BEDAK MUNTAH BELUT ASLI

Masalah ruam pada bayi sudah pasti mendatangkan kerungsingan kepada kebanyakan ibu bapa. Sekiranya ianya tidak diubati ruam tersebut akan merebak dan mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk kepada bayi. Tidak kira samada ruam lampin atau ruam susu atau pelbagai lagi penyakit kulit lain, ia harus diubati segera. Ianya terjadi disebabkan beberapa faktor:

  • Kulit bayi yang terlalu sensitif
  • Kurangnya penjagaan kebersihan terhadap bayi
  • Pemakanan ibu yang menyusukan bayi

Alhamdulillah saya tidak megalami masalah tersebut. Sebagai seorang ibu yang menyusukan bayi, saya tidak mengambil sebarang jenis jamu atau pun herba. Bagi memastikan badan saya sentiasa panas, saya hanya minum air rebusan halia bersama lada hitam. Saya juga mengamalkan pemakaian bedak muntah belut kepada bayi saya. Ianya disapukan kepada tempat-tempat sensitif bayi seperti di tengkuk, leher, ketiak dan dicelah kangkang bayi. Pengamalan pemakaian bedak muntah belut ini dapat mengelakkan penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi pelbagai jenis bahan kimia di awal peringkat umur bayi. kerana ianya dibuat daripada bahan yang halal lagi selamat. Selain dari menyembuhkan penyakit kulit bayi, ia juga menyejukkan. Bayi anda akan sentiasa berasa selesa dan nyaman.

CARA PENGGUNAAN

Sama seperti anda memakai bedak sejuk. Ambil sedikit pecahan bedak muntah belut mengikut keperluan anda. Titik kan sedikit air pada bedak tersebut kemudian sapukan ke tempat yang berkenaan.